07 November 2024

SPRM SITA 11 BEG TANGAN, SEUTAS JAM TANGAN MEWAH VIVY YUSOF & SUAMI BERJUMLAH RM200,000



"Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut. Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000."
Itulah jelas sumber dimana katanya, selepas memberi keterangan, pasangan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, dibawa kediaman mereka pada pukul 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

Suruhanjaya Penc£gahan R@suah Malaysia (SPRM) telah menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dari kediaman Vivy dan suaminya dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM200,000.

Pengeledahan itu dilakukan di kediaman milik Vivy dan suaminya yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM jam 1 petang semalam.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi, mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata, k£s disias@t di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya lagi, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM hari ini pada pukul 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: