18 November 2024

BUNG MOKTAR & ZIZIE IZETTE DIPERINTAH BELA DIRI BERHUBUNG K£S R4SUAH RM2.8 JUTA



Di Mahkamah Rayuan hari ini, ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, pelakon Datin Seri Zizie Izette A Samad telah diperintahkan untuk membela diri atas tiga pertuduhan r@suah RM2.8 juta berkaitan pel@buran Felcra Bhd, sembilan tahun lalu.
Berhubung itu, pasangan suami isteri ini nampaknya sekali lagi perlu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menjawab pertuduhan terhadap mereka.

Keputusan tersebut dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan mereka pada 7 September 2023 lalu.

Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide dan Law Chin How selaku perayu, manakala peguam, Datuk Seri K Kumaraendran dan M Athimulan masing-masing mewakili Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 46.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: