18 November 2024

SERTAI GEGAR VAGANZA 11 - LIZA AZIZ TAK KISAH MENANG ATAU KAL4H, HADAP KRIT1KAN



"Ini atas galakan peminat, kakak saya, dan kawan-kawan, yang sering menyarankan agar saya menyertai GV. Lagipun saya masih aktif menyanyi. Selagi boleh menyanyi, saya sertai dan akan dikrit1k oleh juri-juri profesional. Saya rasa ini masa yang sesuai untuk saya. Pada saya, kalau masih dapat menyanyi dan buat persembahan, tak sal@h untuk sertai."
Demikian ujar penyanyi Liza Aziz, 61, dimana dia berkongsi mengenai galakan daripada peminat, keluarga dan rakan-rakan menjadi penguatnya untuk memberi persetujuan saat ditawarkan menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Melihat senarai peserta GV11, satu nama legenda iaitu Liza Aziz telah mencur1 tumpuan ramai apabila tidak menyangka penyanyi dengan pengalaman mencecah puluhan tahun dan bertaraf bintang ini bersetuju untuk turut serta.

"Saya tak mengikuti perkembangan GV sebelum ini. Tapi, selepas bekerjasama dengan Noryn di GV sebelum ini, kemudian saya tahu mengenai program ini. Saya di London pada ketika itu dan mereka ajak saya sertai tapi saya rasa, dalam usia sekarang, saya tak mahu ada tek@nan sangat. Tapi, apabila balik dari London, mereka tanya lagi dan tawarkan.

"Saya cakap, tunggu dulu. Kemudian, saya ke Bangkok dan balik dari Bangkok, selepas itu barulah saya fikir semasak-masaknya dan cuba nasib. Menang atau kal@h, tak ada mas@lah. Saya suka buat persembahan. Kalau juri krit1k, krit1klah. Kalau kita buat persembahan dengan baik, kita terima. Kalau sebaliknya, kena terima krit1kan. Saya tak kisah.

"Kadang-kadang kita tak tahu tahap kemampuan dan kesihatan kita bagaimana. Ia berdasarkan persembahan dan kalau nyanyian kita tak betul, itu saya t@kut. Tak ada tek@nan untuk saya. Seperti saya katakan, saya suka membuat persembahan dan saya nak buat yang terbaik dalam setiap persembahan.

"Persediaan dah dimulakan. Saya bersenam, jaga suara, jaga pemakanan. Lagu-lagu semua dah disediakan dan kita sama-sama lihat nanti. Saya dah pernah sertai pertandingan lain, malah sehingga di luar negara. Tapi, pertandingan ini berbeza sebab juri-juri di situ tahu dan pandai menilai. Terutamanya, Datuk Ramli MS. Jadi, dah nak masuk, kena terimalah.

"Krit1kan netizen, saya kena hadaplah. Saya tak baca itu semua. Saya tak ada WhatsApp, pembantu saya yang ada. Saya tak ada media sosial juga. Kadang-kadang, apabila kita baca, baca dan baca komen netizen, ia memberi tek@nan. Kita faham, budak-budak sekarang. Jadi, terima sajalah.

"Saya okay tanpa media sosial. Tak tert£kan. Kadang, saya tengok TikT0k, macam entah apa-apa. Jadi, saya tak ada media sosial dan tak ada rasa keinginan nak ada media sosial. Saya tak mahu orang tahu apa yang saya buat setiap hari. Jadi, pembantu sayalah yang kena hadap dan tapis.

"Tapi, Alhamdulillah, ada juga maklum bal@s p0sitif yang diterima dan diberitahu kepada saya," jelasnya dimana dia tentunya akan beraksi di pentas GV11 dengan membawa semangat daripada kelab peminatnya, digelar LA Toro Toro.

"Pada saya, semua pesaing terdekat, tidak kiralah yang muda atau yang dah bertaraf legenda. Seperti saya katakan, kalau kita buat persembahan terbaik, tak ada mas@lah. Adik-adik saya dah buat persiapan mengenai kelab peminat dan namanya, LA Toro Toro sebab saya berbintang Taurus," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: