04 November 2024
DAH TEGUR SUAMI PAKAI RANTAI EMAS - ATIKAH SUHAIME MOHON DOA YANG TERBAIK
"Don't worry sis, I pun dah tegur my husband. Tika pun tak perfect belum pakai tudung. InshaAllah slowly2 kiter berubah. Doakan Kami yah."
Itulah kata pelakon Atikah Suhaimie selepas suaminya iaitu Datuk Lokman Teh menerima teguran oleh netizen gara-gara gambar memaparkan usahawan itu memakai rantai emas.
Menerusi gambar dikongsikan di Instagram, Atikah memuat naik gambar dia bersama suami sedang menikmati makan malam, namun diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan pemakaian rantai emas oleh suami Atikah kerana ianya dilarang dalam Islam.
Klik untuk gambar besar
Enggan berdiam diri, Atikah tampil membalas komen netizen dimana dia meminta agar mendoakan yang terbaik agar mereka berubah menjadi lebih baik, selain berkata, dia ada menegur suaminya itu mengenai perkara tersebut.
Bukan itu sahaja, malah Atikah menerusi perkongsian di Insta Story, turut memuat naik kenyataan menasihati orang ramai memberi teguran secara baik dan tidak sampai membenci.
Kata Atikah lagi, meskipun dia tidak bertudung, namun dia tidak pernah mengumpat mengenai orang lain dan katanya lagi, ada yang bertudung tetapi tidak menjaga solat.
Tambahnya, mungkin d0sa suaminya memakai rantai emas, namun dari segi lain suaminya itu sempurna.
"Pengakhiran seseorang tu kiter pun tak tau, siapa lah kiter pun tak tau, siapa lah nak menghukum? Tak Takot ke?" tulisnya yang berasal dari Singapura itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment