04 November 2024
DIANA DANIELLE BERSERAH - PEGUAM KATA KENA DAFTAR RUJUK DULU, FARID KAMIL SUDAH KELUAR DARI RUMAH
"Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya berserah, sebab apa yang kita buat hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa penghujungnya."
Demikian ujar pelakon Diana Danielle ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, di sini bagi memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada jam 9 pagi tadi.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini menetapkan 20 November ini bagi tarikh sebutan permohonan rujuk yang belum didaftarkan dan sebutan perceraian kali kedua membabitkan pasangan selebriti itu.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, sebelum anak guamnya melanjutkan proses perceraian, kedua-dua pihak perlu menguruskan permohonan rujuk terlebih dulu.
Klik untuk gambar besar
"Sebentar tadi kami memfailkan dua permohonan iaitu kes rujuk bagi cerai yang sudah berlaku pada 10 Ogos tahun lalu apabila mereka kembali bersama pada 9 September tahun sama. Diikuti dengan permohonan cerai. Bab rujuk itu anak guam saya mengambil masa sedikit untuk memfailkan tapi saya rasa tiada masalah sebab berlaku dalam tempoh edah.
"Bagi kedua-dua permohonan yang dibuat, mahkamah menetap 20 November ini bagi sebutan kes. Kami kena serahkan kedua-dua permohonan kepada defendan (Farid Kamil), dan dia kena hadir ke mahkamah.
"Saya dimaklumkan mereka tidak boleh hidup bersama kerana sudah tiada persefahaman. Keperluan untuk kami nyatakan secara terperinci itu tak perlu, cuma kita boleh cakap tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan iaitu bergaduh yang tidak boleh dibaiki. Jadi atas alasan itu Diana nekad memfailkan perceraian.
"Selepas dia (Diana) memuat naik hantaran di Instagram, saya terus mendapat arahan untuk melanjutkan proses permohonan cerai ini. Maklumat terperinci bila mereka sudah tidak tinggal sebumbung tak diberitahu Diana, tapi dia kata Farid sudah keluar dari rumah. Tidak lagi tinggal sebumbung. Jadi atas itu kami sudah failkan dua permohonan hari ini. Selepas ini komunikasi melalui peguam," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment