04 November 2024
"TIDAK AKAN DIRUJUK" - IDZHAM ISMAIL & ISTERI SAH BERCERAI SELEPAS 8 TAHUN HIDUP BERSAMA
"Mahkamah putuskan kami sah bercerai. Tidak akan dirujuk," jelas pelakon Idzham Ismail dimana dia mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Nur Abilah Shamsudin selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Berkongsi berita itu menerusi satu perkongsian di Instagram Story, hari ini, Idzham bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai punca perceraian mereka, sebaliknya meninggalkan kenyataan dengan penuh tanda tanya.
"Pesan saya, Allah ada. Jawab dengan Allah untuk segala yang dibuat," kata pelakon 'Tarik Aku ke Syurga' itu yang sebelum ini mengakui berdepan kem£lut rumah tangga sejak empat bulan lalu dimana ia membawanya dan isteri ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 10 Oktober lalu.
Klik untuk gambar besar
"Cukuplah saya katakan kami sudah tiada lagi persefahaman dalam beberapa hal yang membuatkan tiada lagi penyelesaian lebih baik selain di mahkamah," tuturnya.
Untuk makluman, Idzham dan Abilah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment