30 November 2024

DAKWAAN ABAIKAN IBU SEPANJANG DI HOSPITAL, ANAK TAMPIL NAFI - MAK ENGKU SEBAK RAKAN ARTIS TAK PUTUS-PUTUS DATANG ZIARAH



"Saya ada juga terbaca komen-komen yang cakap kami adik beradik abaikan mama. Netizen tak duduk ditempat kami, netizen tidak nampak apa yang berlaku, jadi janganlah buat andaian tidak tepat.
"Sebenarnya kami dari hari pertama mama masuk hospital tidak pernah sama sekali biarkan mama. Malah masa mama jatuh, saya sendiri ada di rumah dan kami bergilir-gilir jaga mama di hospital."

Itulah jelas anak kepada artis veteran, Ku Faridah atau lebih mesra disapa Mak Engku iaitu Kairul Azman Mohd Yusoh, dimana dia menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan mereka tiga beradik mengabaikan emaknya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital, selain berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sama sekali.

Akui Kairul, dia sedikit terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka tiga beradik itu, namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana mulut manusia tidak boleh ditutup.

"Mula-mula dapat tahu bila ada orang cakap kami adik beradik abaikan mama, tipu kata tak marah. Tapi tak apalah orang tak tahu dan tak nampak apa yang berlaku dan itu semua tak penting. Yang penting kami jaga mama dengan baik," katanya.

Sebelum ini, terdapat komen yang menyatakan anak Mak Engku membiarkannya di Hospital Sungai Buloh sendirian selepas mengalami keced£raan patah pada bahagian tulang leher akibat terjatuh dalam bilik air.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Mak Engku yang terpaksa menjalani proses pengambilan sum sum tulang belakang untuk mengetahui punca sebenar kesihatan dirinya, melahirkan rasa terharu serta tidak menyangka ramai rakan-rakan artis yang masih mengingati dirinya sepanjang dia mendapatkan rawatan di hospital apabila menerima kunjungan tanpa putus sejak dua minggu berada di hospital.

"Saya rasa sebak sangat sebab ramai artis yang saya anggap macam anak, rakan-rakan seusia saya yang tak berapa sihat pun sanggup datang jauh-jauh nak datang melawat. Kita dalam industri ini dah lama, jadi bila kita jatuh sakit dan kawan-kawan sanggup datang bagi sokongan, perkara-perkara begitu buat kita tersentuh. Saya rasa sayu sangat sebab tak sangka masih ada yang ingat dan sayang.

"Saya orang lama, tak popular pun. Jadi bila ramai ingat diri kita, saya jadi sedih sendiri. Saya nak ucap terima kasih pada semua yang mendoakan. Macam yang pernah saya cakap, saya reda kalau inilah ingatan Tuhan untuk emak," tuturnya yang turut menceritakan kembali detik dia terjatuh dalam tandas dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

"Anak-anak memang selalu pesan kalau mahu ke tandas jangan diselak pintu bilik air. Tapi nak buat macam mana, benda nak berlaku walaupun dah berhati-hati. Waktu nak ke tandas, saya rasa seperti sudah berpapah di dinding, tapi itulah 'malang tidak berbau'.

"Sejak saya jatuh, saya selalu pesan pada kawan-kawan hati-hati kalau nak ke tandas, jalan perlahan-lahan. Sebab kita ini sudah tua, kalau jatuh dalam tandas memang susah," ujar Mak Engku yang kini difahamkan masih lagi menunggu keputusan doktor melalui sampel sum sum yang dilakukan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: