29 November 2024

ERYSHA EMYRA TAK TOLAK TAKDIR JIKA IBUNYA, NONISWARA MAHU BERKAHWIN SEMULA



"Sekiranya memang ibu saya ingin berkahwin semula, pastilah saya setuju. Lagi pun di dunia ini, siapa kita yang ingin menolak takdir. Kalau sudah sampai jodohnya, ada yang datang melamar dan ingin menjaga dia dengan baik, Insya-Allah siapa kita untuk menolak.
"Tetapi, pastikan anak-anak dapat kenal dahulu, bawa dia berjumpa dengan keluarga dan kita akan duduk bersama berbual. Sekiranya kami rasa baik dan okey, teruskan saja (berkahwin)."

Itulah kata pelakon Erysha Emyra dimana dia tiada masalah jika ibunya, Datin Seri Noniswara kembali mendirikan rumah tangga selepas setahun kematian suami, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

Jelas Erysha, dia dan adik-beradik tidak akan menolak takdir, asalkan lelaki tersebut boleh menjaga ibunya dengan baik.

Menurutnya lagi, dia tahu mungkin ibunya masih sedih dan rasa sunyi kerana sebelum ini sering meluangkan masa bersama arwah suami.

"Saya tahu mungkin hatinya masih sedih. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi. Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya.

"Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan habiskan masa dengan anak dan kawan-kawan. Jika tidak pun dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: