30 November 2024
AKIBAT PENDARAHAN DALAM KEPALA - BAPA AZRUL ZAIDI KINI KRITIKAL
Bapa kepada pelakon dan pelawak Azrul Zaidi, 50, iaitu Jamaluddin Mahmud, 75, dikhabarkan kini sedang bertarung nyawa selepas dimasukkan ke Hospital Kulim, Kedah, semalam, disebabkan ada pendarahan dalam kepala.
Azrul atau nama sebenarnya, Asrul Zaidi Jamaluddin, yang berkongsi berita sedih itu memaklumkan, bapanya kini dalam keadaan kritikal dan ditidurkan sementara untuk doktor memeriksa lanjut keadaannya.
"Kelmarin, dia (bapa) mengadu sakit dada sebelum tidur. Bila bangun, tiba-tiba dia tiada maklum balas, tak dapat bercakap dan mukanya agak senget. Menurut doktor, dia ada pendarahan baharu di sebelah kanan kepala.
"Bapa saya memang pernah diserang strok ringan dua tahun lalu, kemudian sudah pulih. Dia pun tiada penyakit kronik seperti jantung dan kejadian baru-baru ini memang berlaku tiba-tiba," kata Azrul yang turut memberitahu, doktor memberi pilihan sama ada untuk melakukan pemb£dahan atau tidak bagi mengeluarkan pendarahan dalam kepala bapanya itu.
"B£dah atau tidak, doktor cakap k£sannya sama saja. Kalau bedah, penjagaan lebih rapi perlu dibuat selepas prosedur itu untuk elakkan daripada jangkitan atau komplikasi lain. Buat masa ini, kami tidak mahu pembedahan dilakukan dan melihat perkembangannya dengan pemantauan doktor serta pemberian ubat-ubatan.
"Kami sangat berharap akan ada perkembangan baiklah. Namun, pada masa sama reda dengan ketentuan," jelasnya yang berkata, dia dan keluarga juga dinasihatkan doktor untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana pada usia itu, hakikatnya bapanya pun sudah tidak kuat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment