30 November 2024
MAHU FOKUS KEJAR AKHIRAT - ELFIRA LOY JELAS DIRINYA BAIK-BAIK SAHAJA : "SAYA HANYA PERLU BERSABAR & JANGAN BERHARAP PADA MANUSIA"
"Jangan risau tau kawan-kawan, saya baik-baik sahaja. Cuma memang terkesan dengan event haritu, saya datang ke event tersebut dengan penuh pertanyaan.. siap dah ready nak tanya ustaz.
"Tapi Alhamdulilah, dengan jawapan yang ringkas daripada ustaz semua persoalan saya terjawab dan saya sebak je. Saya sebak sebab saya rasa lega sangat tak payah fikir dah dengan ujian-ujian tu."
Demikian tulis pelakon Elfira Loy menerusi satu hantaran dimana dia menjelaskan dirinya dalam keadaan yang baik serta meminta rakan-rakan tidak perlu bimbang kerana menurutnya, dia hanya terkesan dengan program agama yang disertainya dan segala persoalan dalam fikirannya terjawab.
Klik untuk gambar besar
Elfira tampil menjelaskan perkara itu selepas perkongsiannya baru-baru ini mengenai ujian dalam kehidupan itu mengundang rasa bimbang di kalangan netizen termasuk rakan artis.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya ini berkata, dia mahu memberi fokus dengan akhirat serta enggan berharap pada manusia.
"Saya hanya perlu bersabar dan jangan berharap pada manusia. Semua ni kejap je. Saya nak fokus nak jalani perjalanan bila dah mati nanti, itu yang buat saya takut," tuturnya lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment