"Kali ini, sempena ulang tahun kelahiran Soffya dan Fahri, kami berdua berikan mereka rumah, itu untuk masa depan mereka. Seorang satu, jenis rumah pula adalah kondominium di kawasan Bangi, Selangor. Harga tak mahal mana, tak perlu ceritalah tentang itu."
Demikian jelas pelakon Wawa Zainal, 33, dimana dia dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel menghadiahkan dua unit kondominium di Bangi, Selangor untuk dua anak mereka iaitu Soffya dan Fahri.
Kata Wawa, rumah yang dibelikan itu adalah hadiah sempena ulang tahun kelahiran anak-anaknya, selain menjadi aset pada masa akan datang.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya setiap anak, saya sudah sediakan rumah. Kami simpankan wang juga buat mereka setiap bulan. Duit itu akan digunakan untuk kegunaan belajar atau kec£masan.
"Sedar tak sedar dah banyak dah simpanan anak-anak, kita tak tahu di masa hadapan apa-apa boleh berlaku," ujarnya.
Untuk makluman, Aeril dan Wawa yang mendirikan rumah tangga pada 2013 itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Sofia, 4, dan Muhammad Fahri, 3.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment