30 November 2024
KELIHATAN CERIA, BADAN BERISI - MAMAT EXISTS KINI MAKIN PULIH & SIHAT
"Syukur Alhamdulillah, seronok saya tengok keadaan Mamat (Exists) sekarang. Dia sangat gembira, ceria, semakin pulih dan sihat, termasuk badannya juga sudah berisi. Semoga dia kembali pulih sepenuhnya.
"Mohon sama-sama kita terus mendoakan yang baik-baik buat Mamat agar dia dapat menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini. Saya percaya, ramai yang sayangkan Mamat dan terus mendoakan kesejahteraannya.
"Pertemuan saya dengan Mamat baru-baru ini di AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) Bentong adalah kali pertama kami mendapat kebenaran berjumpa dengannya. Selain saya, ada abang long dan abang ngah Mamat serta peguamnya, Azlina."
Itulah kata pengurus vokalis kumpulan Exists, Mamat yang berkongsi mengenai keadaan kesihatan penyanyi itu dimana dia sekarang memang menunjukkan dirinya semakin pulih dengan perubahan yang sangat p0sitif kerana begitu ceria dan badan juga berisi.
Terdahulu, video keadaan terkini Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 47, yang kini di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan itu dikongsikan ahli keluarganya di media sosial ketika menziarah penyanyi itu pada 24 Oktober lalu.
Kongsi Azizul lagi, Mamat juga aktif dengan pelbagai aktiviti di dalam pusat pemulihan AADK itu dan perubahan keadaan kesihatannya cukup melegakan hati keluarga kerana jelas dia didapati semakin pulih.
Pada 8 Julai lalu, Mamat yang sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengambil dad@h pada 2019, berjaya dalam rayuan terhadap s@bitan dan hukvmannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Penyanyi lagu 'Untukmu Ibu' dan 'Salju Di Danau Rindu' itu bagaimanapun dij@tuhi hukvman d£nda RM4,000 dan dua tahun pengawasan di bawah AADK Bentong untuk rawatan dan pemulihan dalam tempoh berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment