30 November 2024

"SAYA BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN SAYA SEKARANG" - IRA KAZAR AKUI BELUM SEDIA TERIMA LAMARAN LELAKI



"Tidak kot (terima lamaran), bukan dalam waktu terdekat ini. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang," ujar bekas isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar yang memberi.

Masih belum bersedia menerima lamaran mana-mana lelaki yang mahu menyunting dirinya menjadi isteri, Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, dia kini sedang bahagia menjalani kehidupan tanpa suami dan tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Ira berkata demikian bagi menjawab pertanyaan usahawan sens@si Datuk Seri Aliff Syukri menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikT0k, dimana Aliff bertanya mengapakah dia sering ditemani kakaknya dan tidak membawa bersama teman lelaki.

Jelas Ira, sekiranya benar dia sudah mempunyai teman lelaki, dia tidak akan menayang kekasihnya itu kepada umum.

Klik untuk gambar besar

"Kalau ada (teman lelaki) pun takkan nak tunjuk," tutur Ira yang berkahwin dengan Syamsul pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand, sebelum dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.

Bagaimanapun, hubungan Ira dan Syamsul tidak berkekalan lama selepas mereka sah bercerai pada 5 September lalu.

Syamsul juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan bersama Puteri Sarah, Syamsul dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: