01 December 2024

"KAMI TIDAK BERMUSUHAN... KAMI MASIH BERKAWAN, CUMA BUKAN MACAM DULU" - QI RAZALI ULAS HUBUNGANNYA DENGAN RADHI OAG



"Sekarang ini kami (Qi Razali & Radhi OAG) masing-masing sudah ada haluan sendiri. Dia bersama OAG dan saya kini dengan kumpulan baharu yang diberi nama The Exact.
"Kami tidak bermusuhan. Kami masih berkawan, cuma bukan macam dulu," jelas pelakon dan pengacara Qi Razali, yang memaklumkan, dia tidak bermusuhan dengan vokalis OAG iaitu Radhi walaupun sudah meninggalkan kumpulan terbabit secara rasmi pada tahun lalu kerana sehingga kini hubungan mereka masih baik tetapi tidak serapat dulu.

Dalam pada itu, Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali, 47, turut menjawab pertanyaan mengenai penubuhan The Exact yang dianggotai oleh bekas kumpulan OAG, dimana ia bukan pakatan untuk 'men£ntang' Radhi.

"Pada saya perkara itu (perbandingan) tidak boleh lari kerana umum pasti akan mempersoal kami yang juga bekas anggota kumpulan OAG. Perjalanan saya sudah terhenti dengan OAG. Kami sudah tutup sejarah itu dan saya ingin terokai bab yang baharu dengan kumpulan The Exact.

Klik untuk gambar besar
"Apa yang saya lalui dengan OAG selama ini sudah cukup. Sekarang tiba masanya untuk saya melalui muzik baharu dan belajar untuk bermula dari bawah," ujarnya yang tidak menolak penubuhan The Exact adalah kesinambubungan kepada perjalanan karier seni muziknya selepas meninggalkan OAG.

"Apabila sudah berhenti dengan OAG saya dah tidak mahu ada kaitan atau menggunakan nama kumpulan itu. Saya bersama lima ahli lain sudah sebulat suara, bersetuju Radhi adalah OAG dan OAG adalah Radhi.

"Kami memilih untuk membawa haluan dan perjuangan muzik sendiri. Tetapi, sekiranya diminta untuk membuat persembahan bersama, tiada mas@lah kerana kami sentiasa mendoakan kejayaan dia, dan diharapkan dia juga akan mendoakan kejayaan kita.
"Biarpun kami bersikap terbuka, tetapi ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan kerjasama. Kalau ada pun mungkin pada masa akan datang dan kita tidak menolak kemungkinan itu," tuturnya.

Untuk info, Qi yang juga bekas pemain dram OAG kini menganggotai The Exact bersama dengan ahli lain iaitu Amer, Nizam, Ammal Bellamy, Nazrin dan Eric.

Kumpulan terbabit difahamkan baru melancarkan dua lagu iaitu 'Belum Pasti' dan 'Break Me' selain merancang untuk menerbitkan album EP dalam tempoh masa terdekat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: