21 November 2024

"DIA (ISTERI) SEORANG YANG SANGAT BAIK, TAK BERKIRA SOAL KEPAY4HAN HIDUP SAYA" - HARUN HASHIM KATA ARWAH ISTERI HANYA TUMPU CARI REZEKI



"Memang terasa sangat kehilangannya kerana dia jaga saya 12 tahun semasa saya s@kit. Angkat saya ke bilik air untuk mandi dan buang air serta sebagainya. Saya dah tahu dia akan pergi (meninggal dunia) pada bila-bila masa dan reda dengan ketentuan takdir.

"Doktor pun dah beritahu dari awal dia tak akan pulih," kata pelakon veteran, Harun Hashim, 68, yang sedih, namun reda dengan pemergian isterinya, Sakinah Ganjali, 48, pada jam 9.45 pagi tadi.

Kongsi Harun, arwah isterinya yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, akib@t kans£r payud@ra tahap empat itu pernah berhasrat mahu menjaganya sehingga ke hujung nyawanya.

"Dia kata kalau saya tua dan s@kit pun, dia akan uruskan saya. Itu perjanjian dia dengan saya. Mungkin sebab itu di tak pernah s@kit walaupun dem@m. Kalau ada pun hanya setakat s@kit gigi. Tapi s@kit seperti tanda-tanda kans£r payud@ra memang tiada langsung. Yang ini (kans£r payud@ra) dah saat akhir baru tahu. Tapi dah agak terlambat.

"Saya berasa sedih sangat dia pergi. Apa boleh buat dia seorang yang baik, sangat baik. Tak berkira soal kepay@han hidup saya," ujarnya yang turut berkata, arwah isterinya itu seorang yang terlalu baik dan kehidupan mereka sebelum ini hanya berkisarkan mahu mencari wang untuk menyara hidup.

Klik untuk gambar besar

"Kami tak pernah berbual soal hidup atau m@ti dan hanya fikir untuk cari wang. Dia bangun jam 3.30 pagi macam biasa untuk memasak. Sampai akhir hayatnya dia masih berniaga sampai petang dan hanya sampai rumah pada tengah malam. Itulah peng0rbanan dia untuk saya.

"Akhirnya dia j@tuh s@kit dan terpaksa dirujuk untuk dapat rawatan tradisional dan kemudian hospital," katanya yang mengakui kehilangan seorang isteri dan rakan yang banyak memberi semangat dalam hidupnya selama ini.

Dalam pada itu, Harun turut berkongsi kisah dimana dia pernah melalui zaman sus@h sehingga terpaksa mengutip tin dan arwah isteri setia menemaninya.

"Dia suka sangat tolong saya. Subuh-subuh kami pergi kutip tip tapi tutup muka dengan s£rkup. Itulah peng0rbanan besarnya. Kemudian waktu rumah kami tiada air, dia sanggup pergi Taman Rimba Templer untuk basuh baju.

"Perkara itu berlaku selama seminggu dan dia tak pernah merungut. Dirinya begitu dan bukan kerana saya dia berk0rban. Saya sentiasa mendoakan dia semoga tenang di sana," tuturnya.

Sementara itu, beberapa artis tanah air antaranya Ameng Spring dan isterinya, Sabariah; Zamarul Hisham dan isterinya, Diana Rafar; Syed Aiman dan isterinya, Linda Rafar serta Azlee Senario dan isterinya, Aslinda yang turut hadir memberikan semangat kepada Harun serta memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Sakinah di Unit For£nsik hospital terbabit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: