21 November 2024
DATANG ZIARAH - AWIE SEBAK LIHAT KEADAAN EBBY YUS YANG KUAT HADAPI PENY4KIT
"Saya bersyukur kerana dia seorang yang kuat. Dia menghadapi penyakit-penyakit ini sejak dia berusia 20-an dan sesuatu yang luar biasa. Dia tak pernah menunjukkan kesakitannya dan tak pernah meminta-minta.
"Jadi, saya rasa terpanggil dan tercabar untuk membantu kerana orang begini sangat berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Ini yang membuatkan kami jadi lebih kuat untuk datang secepat mungkin melihat keadaannya."
Itulah tutur penyanyi dan pelakon Datuk Awie dimana dia tidak mampu menahan sebak apabila menitiskan air mata ketika menziarahi Ebby Yus, 59, di Kampung Baru, di sini, hari ini, selain berharap dapat memberi dorongan positif kepada sahabatnya yang juga pelakon itu.
Kehadiran Awie itu turut diserta bersama pasukannya dari Rumah Produksi Merah yang juga memberi sumbangan kepada Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, yang kini diuji dengan penyakit buah pinggang kr0nik itu.
"Mungkin dengan semangat yang kami bawa, akan memberi semangat kepadanya untuk hidup dan lawan penyakitnya. Sebenarnya, sedih juga melihat keadaannya. Tapi, nak buat macam mana. Mungkin ini hari dia dan hari kita belum tahu.
"Saya belum ada peluang untuk bekerja dalam filem atau drama bersamanya. Tapi, kami pernah buat persembahan silat bersama. Sewaktu saya menjadi juri program Muzikal Lawak Superstar suatu ketika dahulu, dia puji cara penjurian, mengadili dan komen. Dia kata, dia suka sebab ada orang yang boleh bercakap.
"Kami duduk dalam dunia persilatan, jadi itu yang buatkan saya dapat rasa kekuatan dia sebab saya tahu bagaimana kebolehan dia dalam silat," ujarnya yang bukan sahaja mengenali Ebby sebagai rakan dalam dunia seni tetapi kedua-dua mereka juga pernah berkongsi pentas dalam dunia persilatan.
Disamping itu, ditanya mengenai keadaan kesihatannya yang pernah menghidap kanser buah pinggang pada 2021, Awie memberitahu, dia dalam keadaan baik dan menasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan.
"Insya-Allah saya okay. Selagi kita mampu untuk berdiri, bekerja dan sebagainya, fikirkan anak-anak dan adik beradik yang ada, keluarga, penyokong-penyokong, kita teruskan hidup. Jaga pemakanan, bersenam dan apa yang patut. Nyawa ini, kalau Allah nak tarik bila-bila masa saja.
"Bersenam bagaimana sekalipun, kalau kita tengok orang-orang yang cergas pun, meninggal dunia juga. Jadi, kita yang tak seberapa ini perlu beringat lebih terutamanya, kepentingan waktu tidur. Makan ada pilihan, tapi tidur perlu lima jam ke atas dan tak ada pilihan. Itu keutamaan," katanya.
Sementara itu, Ebby meluahkan rasa syukur atas lawatan dan sumbangan yang diberikan itu : "Saya tak ada upaya untuk membalas kebaikan yang tuan-tuan bawakan hari ini. Tapi, Allah melihat semuanya dan dia lebih mengetahui. Saya serahkan kepada takdir, tapi saya tetap berusaha. Kalau ada kerja, saya tetap nak buat selagi termampu."
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment