21 November 2024
GELARAN BIDUAN NEGARA - JAMAL RASA DIRINYA BELUM LAYAK
Walaupun sudah lima dekad berkecimpung dalam industri seni tanah air, penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 65, berpendapat dirinya belum layak untuk dinobatkan sebagai Biduan Negara, selain menganggap pengiktirafan itu terlalu tinggi untuk diterima.
"Belum lagi rasanya, mungkin setahun dua lagi. Apapun setiap pengiktirafan yang diterima perlu melihat berdasarkan penglibatan dan pengorbanan kita dalam industri seni. Saya bersyukur kalua ada, namun tidak mengharapkan sangat kerana penghormatan itu terlalu tinggi untuk diterima," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pengiktirafan yang diterima penyanyi tersohor Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara, Jamal berkata, dia tidak tahu menahu mengenai anugerah itu.
"Saya belum dapat maklumat lagi mengenai pengiktirafan itu. Saya tak tahu siapa yang memilih dan dipilih oleh siapa. Jadi saya tak boleh nak komen apa-apa," jelas Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Mohd Ali.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment