20 November 2024
DIANA DANIELLE JELAS SENYUMANNYA ITU BUKAN KERANA GEMBIRA - FARID KAMIL PULA MAHU RAI HARI LAHIR ANAK : "DIA NAK HADIAH PALING MAHAL IAITU SAYA"
"Bukan gembira tetapi disebabkan saya kenal rakan-rakan media, semua seperti kawan-kawan. Jadi, saya senyumlah. Ini bukan detik yang gembira untuk sesiapa pun, tolong jangan sal@h faham."
Ujar pelakon Diana Danielle dimana dia berharap orang ramai tidak sal@h faham dan beranggapan bahawa senyuman dilemp@r tanda kegembiraan untuk bercerai dengan pelakon Farid Kamil.
"Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan. Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini.
"Saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera. Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terbabit. Terima kasih," tulisnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story.
Sementara itu, Farid yang memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding permohonan pengesahan rujuk dan perihal perceraian buat kali kedua itu hanya berkongsi mengenai komunikasi antara dia dan anak-anak dimana ia tidak terj£jas.
Dalam masa sama, Farid bersyukur urusan berjumpa anak-anak, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9, dipermudahkan memandangkan dia baru sahaja bertemu pada pagi tadi.
"Alhamdulillah... Tiada mas@lah (untuk berjumpa anak). Dapat berjumpa seperti biasa. Kali terakhir berjumpa, hari ini. Alhamdulillah, em0si mereka okay," tutur Farid yang turut memberitahu mengenai perancangannya menyambut hari lahir anak perempuannya.
"Sebenarnya, hari ini saya sangat bersyukur. Saya mahu menjemput anak saya pulang dari sekolah untuk menyambut hari lahirnya. Saya harap orang beri doa-doa yang terbaik buat anak saya Nur Aurora Robe'ah.
"Semoga dia diberkati dan dirahmati ALLAH SWT. Dia nak hadiah paling mahal iaitu saya," seloroh Farid sebelum meninggalkan pekarangan kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Disamping itu, ditanya simbolik pemilihan pakaiannya yang mengenakan kurta putih dan songkok berlilit putih, Farid bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment