20 November 2024

DAH DAPAT SIJIL SAH RUJUK - MAHKAMAH TETAPKAN PROSIDING CERAI DIANA DANIELLE & FARID KAMIL 2 DISEMBER DEPAN



"Sijil (rujuk) itu adalah bukti mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Surat perakuan itu boleh dikeluarkan secepat mungkin.
"Selepas ini mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dan bawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan kedua yang dibuat Diana (permohonan cerai)."

Itulah jelas peguam mewakili pelakon Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir, dimana Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan hari ini telah mengesahkan Diana dan suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil kembali rujuk sebagai suami isteri.

Klik untuk gambar besar
Kata Akberdin, sijil permohonan rujuk dan beberapa dokumen lain akan dibawa pada prosiding perceraian yang akan berlangsung pada 2 Disember depan.

"Mahkamah telah menetapkan 2 Disember untuk prosiding permohonan cerai. Jadi selepas ini tiada apa-apa isu berkaitan rujuk. Status mereka sekarang adalah suami isteri selepas diendos oleh mahkamah," tuturnya.
Dalam pada itu, maklumnya lagi, Farid selaku pihak defendan juga tidak membant@h sewaktu prosiding yang berlangsung di mahkamah.

"Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan hakim telah berpuas hati, malah pihak defendan (Farid) tidak membant@h. Mahkamah telah memberi perintah bahawa kedua-dua pihak sudah kembali rujuk sebagai suami isteri," katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan pula turut mengesahkan perkara sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: