20 November 2024

"KALAU TIBA-TIBA JODOH KAMI KEMBALI? SAYA JUGA YANG MENY£SAL SEBAB MEMBURUKKAN BEKAS SUAMI" - EMMA MAEMBONG NAFI PUNCA CERAI SEBAB ORANG KETIGA



"Tak ada (angkara orang ketiga). Bila ini berlaku (bercerai), keluarga saya pun terk£jut dan mereka tanya mengapa. Bagi saya, kehidupan berumah tangga bukan mudah untuk dijalani. Tak ada gunanya untuk saya kongsi kepada semua mengenai punca perpisahan ini.
"Kita perempuan akan ada detik rasa kec£wa dan sebaliknya. Cuma saya pun tak tahu mengenai jodoh selepas ini. Kalau tiba-tiba jodoh kami kembali? Saya juga yang akan meny£sal sebab pernah memburukkan bekas suami.

"Jadi, kita teruskan kehidupan masing-masing. Rasa kec£wa, sedih atau bahagia, itu semua memang rutin kehidupan. Jadi, terus pandang ke depan dan besarkan anak-anak," jelas pelakon Emma Maembong, 32, dimana dia menafikan punca perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, 36, disebabkan kehadiran orang ketiga.

Dalam pada itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail turut men£gaskan, dia dan bekas suami bercerai secara baik dan memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan mereka.



Selain itu, Emma juga memaklumkan, demi memberikan sepenuh kasih sayang terhadap dua anaknya, dia dengan bekas suami masih menjalani hubungan dengan baik.

"Saya dan Shazli tiada mas@lah, semuanya okay. Tak ada nak berg@duh kerana kami sama-sama faham. Kita cuba untuk memperbaiki perhubungan sebelum ini. Tapi jodoh sampai di situ saja. Apa pun, itu bukan penamat.

"Tidak semestinya bila bercerai, kita perlu memb£nci atau 'bl0cked' pasangan. Apatah lagi meny£ksa ment@l anak-anak. Misalnya, bila kita rasa tak puas hati dengan bekas pasangan, tak beri dia jumpa anak. Bagi saya ia bukan satu perkara yang baik sebab biarlah anak membesar dengan sempurna.

"Misalnya untuk situasi saya, bapanya ialah 'hero' dia sementara mama pula 'superwoman'. Tak perlu kita berg@duh, ber£but anak hingga akhirnya mereka yang jadi m@ngsa," kata Emma yang dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: