"Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
"Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.
"Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat."
Demikian tulis pelakon Diana Danielle menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia berharap prosiding perceraian dengan suaminya, pelakon Farid Kamil yang bersambung pada 2 Disember depan itu dapat diselesaikan dengan segera.
Dalam hantaran tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa syukur pengesahan rujuk berjalan lancar dan selepas ini proses cerai akan diteruskan.
Klik untuk gambar besar
"Saya faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.
"Selain itu, saya sangat menghargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya, termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.
"Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment