21 November 2024
AL-FATIHAH - ISTERI HARUN HASHIM DIJEMPUT ILAHI : "SAYA REDA..."
"Saya sedang baca surah Yasin di sisi isteri. Kemudian saya keluar sekejap apabila doktor dan jururawat datang. Mereka kemudian sahkan isteri dah tiada. Saya reda dengan kematian isteri dan terima ketentuan Allah."
Itulah kata pelakon veteran, Harun Hashim yang reda apabila isterinya, Sakinah Ganjali, 48, disahkan meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, pada jam 9.45 pagi, hari ini.
Terdahulu, isteri Harun dimasukkan ke hospital terbabit apabila tiba-tiba mengadu s£sak nafas semasa kunjungan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez di rumah mereka di Kampung Bukit Hijau, Jeram, Jumaat lalu.
Kemudiannya, Sakinah segera dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum disahkan oleh doktor menghidap kanser payud@ra tahap empat.
Klik untuk gambar besar
Semalam, Harun memaklumkan keadaan isterinya yang kini kritikal dan terpaksa ditidurkan.
Jelas Harun, doktor tidak jadi membuat ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) kerana keadaan kans£r Sakinah sudah mer£bak t£ruk.
"Apa yang doktor boleh buat cuma untuk lancarkan pernafasannya saja," ujarnya.
Difahamkan, jenazah isteri Harun dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Setia, Jeram, hari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment