21 November 2024
TUNTUT RM77,000 DARIPADA AISHA RETNO - KHARISMA MUSIC AKUI ALAMI KERUG1AN, BANYAK PIHAK TERBABIT
"Kami menuntut anggaran RM83,000, ditolak RM6,000 jumlah yang sudah dia bayar. Jadi, bakinya RM77,000," kata penyanyi yang juga penganjur dari Kharisma Music, Yuka Kharisma, dimana mereka menuntut baki sebanyak RM77,000 daripada penyanyi Aisha Retno yang dipinjam penyanyi itu ketika bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Mac lalu.
Pada Januari lalu, difahamkan, pihak Kharisma Music dihubungi oleh Aisha Retno Entertainment (ARE) yang memaklumkan, bahawa penyanyi itu berjaya melangkah ke peringkat akhir AJL38, yang berlangsung pada 3 Mac lalu.
Bagi menjayakan persembahan di AJL38, Kharisma Music memberikan pinjaman pendahuluan dalam anggaran RM83,000 kepada Aisha di samping menaja khidmat sebagai pengarah persembahan selepas pihak penyanyi itu kesuntukan masa mencari dana, pada penghujung Januari lalu.
Kedua-dua pihak juga sudah berbincang dan bersetuju bahawa kaedah pembayaran semula pinjaman pendahuluan itu akan dilakukan melalui penganjuran konsert solo Aisha Retno yang dicadangkan berlangsung pada tarikh pertama iaitu 3 Ogos lalu.
"Tak ada tuntutan untuk kerug1an lain seperti lokasi acara, iklan dan sebagainya. Malah, kerug1an daripada penaja-penaja yang menarik diri juga kami takkan tuntut. Kerug1an keseluruhan kira-kira RM150,000. Tapi, yang lebih merug1kan lagi ialah masa kerana pel@buran itu kami l@burkan sejak awal tahun dan benda ini berpanjangan sehingga penghujung tahun.
"Kami juga sudah adakan beberapa konsert, tapi kami masih rug1," kata Yuka yang menjelaskan, pinjaman tersebut pada awalnya dirancang untuk dilunaskan melalui penganjuran Konsert Malam Sutera Aisha Retno yang sepatutnya berlangsung pada 16 November lalu, tetapi dibatalkan.
Klik untuk gambar besar
"Itu yang dijanjikan dan dipersetujui bersama, bahawa dana itu adalah pendahuluan. Namun, khidmat kami sebagai pengarah persembahan di AJL38, memang kami taja. Jadi, yang kami taja adalah khidmat kami sebagai pengarah persembahan, bukan wang dana. Wang dana itu adalah pendahuluan dalam bentuk pinjaman.
"Sebenarnya, untuk konsert ini sendiri pun, yang paling terg£ndala adalah perancangan konsert yang akan datang. Kami pun nak adakan konsert lagi selepas ini dan ini sangat terk£san kerana dari pihak pengurusan di Indonesia pun, nak tahu juga perkembangan isu ini. Ada beberapa artis tempatan yang berhubung dengan kami juga.
"Jadi, saya tak mahulah benda ini menjadi terp@lit dengan isu ini. Memang itu terk£san. Ada juga beberapa orang yang ingin bekerjasama juga menarik diri. Jadi, kerug1an kami sangat besar sebenarnya sebab Kharisma Music ini bukan hanya saya dan suami, Ahmad Jeffny Kamar, tetapi ramai di belakang tabir iaitu lebih daripada 60 orang," ujarnya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Kharisma Music, Tuan Muhammad Arief Tuan Mohamad Yusof memaklumkan, tuntutan lain adalah agar pihak Aisha menarik balik kenyataan serta video dan buat permohonan maaf.
"Kalau tidak, itu semua bergantung kepada Kharisma Music sama ada nak teruskan. Setakat ini, surat tuntutan masih belum lagi dikeluarkan. Kami masih memuktamadkan. Ada beberapa tuntutan yang kami belum kemaskan. Sikit masa lagi kami akan hantar," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment