27 November 2024
DITAWAR 2 PROGRAM KHAS DI TV ALHIJRAH - EBBY YUS LUAH RASA SYUKUR : "SEKURANG-KURANNYA ADA SINAR UNTUK SAYA"
"Kalau ikutkan saya boleh saja minta sumbangan tapi saya m@lu pada diri sendiri dan ALLAH kerana saya boleh lagi bekerja. Mungkin tidak menggunakan kaki dan tangan tapi mulut.
"Tak sampai dua minggu TV AlHijrah datang ke rumah dan hari ini tawarkan saya dua program walaupun perkara itu akan datang tapi sekurang-kurangnya ada sinar untuk saya. Terima kasih kepada TV AlHijrah walaupun stesen tidak besar tapi membantu orang yang memerlukan seperti saya."
Demikian kata pelakon Ebby Yus yang menerima khabar gembira apabila sebuah syarikat televisyen swasta tempatan, TV AlHijrah menawarkan dua program khas buatnya, sekaligus membantu meringankan b£ban pelakon itu yang dilaporkan mengalami peny@kit kr0nik buah pinggang.
Dalam pada itu, Ebby turut meluahkan rasa syukur serta menganggap tawaran itu merupakan sinar baru buat dirinya selepas terputus sumber pendapatan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment