10 November 2024

ELYANA AKUI KEADAAN KESIHATANNYA TETAP TIDAK MENENTU, MASIH BUAT KEM0TERAPI MESKIPUN DUA TAHUN BEBAS KANS£R



"Keadaan kesihatan saya, tak tahulah nak cakap dah okay. Sebab, bila kita dah dapat satu sakit macam kanser ini, kadang-kadang okay (kesihatan) kadang-kadang tak okay.
"Jadi, kalau nak cakap sepanjang masa okay pun, tidak juga. Tapi, setakat ini saya dah boleh 'berdamai' dengan keadaan saya. Bila datang s@kit, saya dah tahu nak buat apa."

Itulah kata penyanyi dan pelakon, Elyana, 37, yang mengakui keadaan kesihatannya tetap tidak menentu, meskipun sudah dua tahun disahkan bebas daripada peny@kit kans£r limfoma dihidapi selama 11 tahun.

Klik untuk gambar besar
Ujar Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, apabila seseorang pernah menghidapi peny@kit kans£r, suk@r untuk memaklumkan keadaan diri betul-betul sudah sihat tetapi Alhamdulillah, dia boleh bekerja.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Tak Tercapai Akalmu' ini turut menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya kini masih lagi menjalani rawatan kem0terapi, dimana katanya, memang dia ada melakukan rawatan kem0terapi itu kerana saranan doktor.

"Buat masa sekarang, saya memang masih lagi melakukan rawatan kem0terapi di hospital untuk 12 pusingan sepatutnya berdasarkan apa yang disaran oleh doktor.
"Sebenarnya, selepas dua tahun lalu apabila doktor mengesahkan s@kit kans£r saya sudah tiada, memang ada rawatan (kem0terapi) kena dilakukan untuk menc£gahnya (kans£r) datang semula.

"Tapi ketika itu saya masih perlukan masa untuk bertenang dulu, jadi sekarang ini sudah bersedialah. Cuma, saya baru buat empat pusingan (kem0terapi) dan selebihnya mengikut keputusan uj1an kesihatan dibuat nanti," jelasnya.

Mengenai perkembangan karier nyanyiannya pula, Elyana memberitahu, dia masih lagi mendapat tawaran menyanyi, termasuk sudah merakamkan single baharu, 'Bungkam' ciptaan Adi Priyo dan lirik ditulis Elyana sendiri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: