10 November 2024

"SESUNGGUHNYA HIDAYAH ITU MILIK ALLAH & SAYA BERSYUKUR MENDAPATNYA KETIKA BERUMUR 49 TAHUN" - IWAN



Komposer dan penyanyi lagu kerohanian, Iwan Syahman atau nama sebenarnya, Wan Syahman Wan Yunus, 63, meluahkan rasa syukur apabila mendapat hidayah ketika usianya 49 tahun.
"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan saya bersyukur mendapatnya (hidayah) ketika berumur 49 tahun. Sekarang, hidup saya makin tenang dengan berdakwah.

"Saya dapat hidayah Allah ketika dalam tabligh dan syukur Alhamdulillah, ia membawa perubahan dalam hidup saya menjadi seperti ini sekarang. Baru saya tahu, dalam kehidupan kita ini perlu berdakwah.

"Apapun, hati saya mula terdetik ingin mengenal agama lebih dekat selepas melalui perceraian rumah tangga dan terlalu memikirkan anak-anak. Bagaimana kasih sayang mereka terhadap saya sekiranya terbiar.

"Isteri hilang boleh ganti, tapi kalau anak hilang macam mana? Dari situ, saya mula memikirkan perlu mengubah cara kehidupan dan ikut tabligh dengan fokus pada ibadat selama dua tahun untuk betul-betul membiasakan diri," tutur bapa kepada sembilan orang anak ini.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ujar Iwan yang pernah mendapat jolokan 'Iwan dangdut' ini, Allah memberi hidayah kepada hamba-Nya sama ada cepat atau lambat, jadi untuk itu katanya, kita tidak boleh mengadili seseorang dengan mudah kerana penghujung kehidupannya tiada siapa tahu kecuali Allah.

"Macam saya, dapat hidayah ketika umur 49 tahun itu memang boleh kata dah tualah. Tapi, semua urusan hidayah itu kerja Allah dan saya hanya mampu bersyukur kerana mendapatkannya.

"Apa yang paling utama, teruskan berdoa dan sedia memperbaiki diri sebab kita manusia tidak sempurna. Selagi masih bernyawa, selalulah berdoa meminta kebaikan dalam kehidupan daripada Allah," katanya.

Seiring dengan statusnya sebagai seorang pendakwah yang banyak menghadiri majlis ilmu, Iwan kini banyak menghasilkan karya lagu kerohanian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: