10 November 2024

"ATAS FITN4H TERBARU INI, KAMI MAAFKAN" - IBU ALIFF AZIZ NAFI ANAKNYA SUDAH BERBAIK DENGAN BELLA ASTILLAH



"Alhamdulillah Allahumma Baarik... atas fitnah terbaru ini, kami maafkan... Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan barakah Allah. Percaya bahawa dosa fitnah adalah satu dosa yang sangat berat. Sangat tidak berbaloi buat anda di dunia dan di akhirat kelak.
Demikian tulis ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah dimana dia tampil menafikan dakwaan anaknya itu sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Hafizah yang menyifatkan dakwaan berkenaan adalah fitnah itu bagaimanapun telah memaafkan individu tersebut yang memuat naik aktikel terbabit.

Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran yang dikongsikan ibu Aliff di Insta Story, Hafizah memuat naik tangkap layar sebuah paparan sebuah berita yang menyebarkan khabar angin kononnya hubungan Aliff dan Bella sudah berbaik.

"Gambar Bella dan Aliff, hari ini mereka sudah berbaik. Aliff berjanji tidak akan buat Bella sakit hati," tulisnya.

Untuk makluman, Aliff dan Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 9 September 2016 dan telah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: