09 November 2024
FAZURA AKUI GEMBIRA & TENANG, BERSYUKUR HATI SUDAH TIDAK ADA SEPENUHNYA PADA YANG LEPAS
"Kak Faz, saya sedih tengok awak menyanyi seorang tadi. Tapi, dalam hati saya kata kuatnya awak boleh hadap seorang diri menyanyi lagu itu tanpa setitik air mata pun.
"Saya yang dengar pun sedih sampai keluar air mata. Serius awak memang kuat. Semoga awak diberi kebahagiaan."
Demikian luahan yang dikongsikan seorang pengguna TikTok dimana dia memuat naik perbualannya dengan pelakon Nur Fazura yang membalas mesej peminatnya di Instagram.
"Aww... Jangan sedih! Alhamdulillah hati pun sudah tak ada sepenuhnya pada yang lepas. Kak Faz gembira dan tenang sangat dah.. Syukur... Hugssss Fatin!" balas Fazura.
Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah syukur, itu yang kita nak. Terima kasih Kak Faz balas DM, syukur Kak Faz tenang.. Jaga diri, saya selalu sokong Kak Faz tau, love you," kata peminat itu lagi.
"MasyaAllah TabarakAllah.. Terima kasih Fatin sayang. Jaga diri and gembira selalu juga ya," ucap Fazura.
Terdahulu, Fazura sah bercerai talak satu dengan pelakon Fattah Amin pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment