09 November 2024
JEP SEPAHTU TITIP UCAPAN BIRTHDAY UNTUK ISTERI : "SAYA SANGAT BERUNTUNG, ALHAMDULILLAH, ALLAH JODOHKAN SAYA DENGAN SARI YANTI"
"Saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta saya, Sari Yanti, orang yang sangat menyenangkan, orang yang sangat menenangkan.
"Kadang-kadang, kita nampak macam kita ni ketua keluarga, tapi sebenarnya dalam beberapa hal itu, saya banyak merujuk dan juga belajar daripada dia.
"Saya sangat beruntung, Alhamdulillah, Allah jodohkan saya dengan Sari. Saya rasa ia satu anugerah, hadiah yang sangat bermakna untuk saya.
Klik untuk gambar besar
"Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran ini, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah redup rahmat dan mudah-mudahan mendapat redha-Nya.
"Mudah-mudahan keluarga kita dikurniakan kebahagian, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you."
Itulah tutur pelawak Jep Sepahtu menerusi video yang dikongsikan di media sosial, dimana dia menitipkan ucapan hari lahir ke-40 buat isteri tercintanya, pelakon Sari Yanti yang jatuh pada hari ini, 9 November.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment