05 November 2024
HAMPIR SEBULAN BERCERAI DENGAN FATTAH AMIN - FAZURA MENGAKUI TAK MENY£SAL, SUDAH BERIKAN YANG TERBAIK
"Tentulah saya pernah memperjuangkan cinta. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun. Tetapi saya sudah berpisah bulan lalu.
"Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya bersyukur kerana dapat bangkit dan saya sudah memberikan yang terbaik kepada perkahwinan itu."
Demikian ujar pelakon Nur Fazura dimana dia mengakui tidak menyesal apabila perkahwinan yang dibina bersama pelakon Fattah Amin selama tujuh tahun berakhir dengan perpisahan.
Kata Fazura, dia sudah memberikan yang terbaik sepanjang perkahwinan dan kini bangkit untuk meneruskan kehidupannya, selepas hampir sebulan bercerai talak satu iaitu pada 7 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Fazura turut mengulas mengenai lagu terbaharunya bersama bekas suami berjudul 'Bertahan Demi Cinta' dimana ia menceritakan perjuangan pasangan suami isteri yang berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.
"Lagu ini tentang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Tentu saja dalam perkahwinan ada banyak dugaan. Jadi lagu ini mengenai bagaimana mereka memperjuangkan dan bertahan dalam setiap rintangan itu.
"Disebabkan itu tajuk lagu ini dinamakan Bertahan Demi Cinta," tuturnya ketika hadir sebagai tetamu undangan dalam sebuah program di Indonesia, Sea Today bagi mempromosikan lagu baharunya bertajuk 'Bertahan Demi Cinta', baru-baru ini.
"Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan. Ramai yang menyukai dengan lagu itu. Disebabkan perceraian saya, mereka masih mengharapkan agar kami (dengan Fattah) akan berbaik semula," tambahnya.
Difahamkan, kemunculan Fazura dalam program itu menjadi penampilan pertamanya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Untuk info, lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records pada 10 Oktober lalu.
TONTON VIDEO : FAZURA NYANYI LAGU 'BERTAHAN DEMI CINTA' DI INDONESIA
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment