05 November 2024

TAK MAHU ANAK MEMBESAR DALAM KEADAAN TR4UMA & SEDIH - DA'I SYED BERJUANG BERSIHKAN NAMA



"Kes ini memang sangat sukar bagi saya, saya perjuangkan sampai ke tahap mahkamah tinggi ini pun bukan untuk orang lain, semuanya demi keluarga, isteri dan anak saya.
"Saya tidak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih berhadapan kata-kata orang luar. Jadi saya ada di sini untuk membersihkan kembali nama saya Insya-Allah."

Itulah tutur pendakwah selebriti, Da'i Syed yang berkata, dia kini berjuang untuk membersihkan namanya sehingga memohon rayuan di mahkamah tinggi bukan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk keluarga, isteri serta anaknya.

Ujar Syed, dia tidak mahu anak perempuannya itu sedih serta trauma kerana kata-kata orang susulan isu terpalit dirinya itu.

Difahamkan, Da'i Syed hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan rayuan berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan mer0gol seorang wanita lima tahun lalu.

Sementara itu, Syed turut menjelaskan, keadaan dirinya baik-baik saja, selain meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang baik, namun sebagai manusia biasa, dia juga rasa sedih.

"Alhamdulillah keadaan mental saya okey sahaja. Saya pun manusia biasa. Ada keadaan 'down', sedih. Sebagai lumrah manusia saya rasa sedih juga.

"Cuma saya bersyukur Allah bagi isteri yang baik, Allah kurniakan anak kepada kami. Alhamdulillah itu kesempurnaan kepada kami untuk saya kuatkan diri jiwa hati dan minda," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: