01 November 2024
JAMAL ABDILLAH AKUI BERDEPAN GODAAN WANITA : "SAYA AKAN TUNDUK & TERUS JALAN BALIK RUMAH"
"Memang masih ada sahaja yang minat dekat saya, tetapi apabila ada wujud unsur sebegitu (godaan), saya akan tunduk dan terus jalan balik rumah.
"Saya selalu elakkan dan tak nak fikirkan tentang hal itu kerana dalam fikiran sudah sentiasa tanamkan bahawa saya adalah seorang suami serta bapa.
"Anak pun dah nak masuk lima orang. Cukuplah buat perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun dah tua, mahu tenang."
Itulah akui penyanyi Datuk Jamal Abdillah dimana dia masih berdepan godaan wanita meskipun usia sudah mencecah 65 tahun, namun dia sentiasa men£pis demi menjaga rumah tangga dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin.
Kata Jamal, perkara paling utama dalam kehidupannya ketika ini adalah kesejahteraan keluarga dan sentiasa tanamkan dalam fikiran dia adalah suami dan bapa.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Jamal menyifatkan kegagalan dalam tiga perkahwinan terdahulu yang dilaluinya sebagai satu proses kehidupan.
"Kita buat apa yang kita perlu buat dan dah rancang, selebihnya biar Allah yang tentukan, begitu juga dengan rumah tangga artis.
"Saya tak ikuti perkara itu (berita perceraian selebriti), tetapi yakin mereka juga melalui proses kehidupan, kena tempuh jugalah. Kita berbalik kepada ketentuan Allah," ujarnya.
Sementara itu, menerusi perkahwinan kali keempat yang sudah memasuki usia tujuh tahun, Jamal dan isterinya bakal menimang cahaya mata kelima pada Januari tahun hadapan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment