07 November 2024
"KALAU BUAT GRAB, HARI-HARI ADA DUIT NAK BAYAR SEGALA BIL, TAK ADALAH NAK MINTA DUIT ISTERI" - DANNY X-FACTOR TIADA NIAT BERHENTI, AKUI SERONOK
"Seronok dan berbaloi (bekerja sebagai pemandu e-hailing). Kalau kerja produksi, sekali dapat bayaran, terus habis tapi kena duduk di set. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit nak bayar segala bil. Tak adalah nak minta duit isteri. Bagi saya, kewangan antara punca masalah rumah tangga.
"Isteri pun kata kalau saya keluar (kerja) dan dapat RM50 pun cukuplah. Mana-mana isteri nak tengok suami bekerja saja. Saya masih buat selagi boleh. Kalau tawaran kerja produksi, kebanyakan saya ambil di sekitar KL."
Itulah ujar pelakon Danny X-Factor, 44, dimana dia tiada niat berhenti bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak 2017 kerana baginya seronok dan ia cukup membantu aspek kewangan keluarganya, selain enggan menjadi b£ban sehingga terpaksa meminta duit isteri.
Dalam pada itu, Danny atau nama sebenarnya, Mohd Kardanie Anwa, menjelaskan, banyak manfaat dia dapat sejak bekerja sebagai pemandu e-hailing, malah dia turut ada menyarankan pekerjaan itu kepada rakan artis lain bagi menjana pendapatan jika tiada tawaran seni.
"Buat kawan sebab saya jual insurans juga. Tak adalah duduk termenung, fikir masa depan, jatuh sakit. Jadi sediakanlah dulu (kewangan). Sedih selalu dengar artis minta bantuan. Kasihan tengok kawan-kawan artis yang tak ada tawaran kerja. Saya cakap kalau ada kereta, jalan saja (buat Grab). Tapi itulah mereka mungkin segan," tuturnya.
Meskipun kini lebih aktif bekerja di belakang tabir dalam bidang seni, Danny yang memikirkan jaminan simpanan pada masa depan itu berkata, dia akan tetap buat e-hailing jika ada kelapangan asalkan tidak mengganggu jadualnya untuk kerja produksi.
"Curi masalah. Saya pernah keluar jam 12 tengah malam sampai 6 pagi. Sebelum masuk set, saya tidur sekejap. Tapi untuk kerja produksi pun, saya bertindak sebagai pengurus produksi.
"Lepas hantar anak ke sekolah, saya buat lagi. Dalam sekitar tengah hari, saya rehat pergi ambil anak. Dapatlah RM100. Meskipun amaun itu nampak kecil, tapi dompet tetap ada isi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment