07 November 2024

"TERASA SANGAT SUK4R KERANA KAMU TIADA DI SINI" - FATTAH AMIN LUAH RASA RINDU PADA ANAK, FIKIR SEPANJANG HARI & MALAM



"Saya memikirkan tentang kamu sepanjang hari dan malam, terasa sangat suk@r kerana kamu tiada di sini. Buat anakku, saya amat merindui kamu."
Itulah tulis pelakon Fattah Amin, 34, dimana dia meluahkan rasa rindu terhadap cahaya matanya, Nur Fatima Aisya, 3, selepas berlaku perpisahan sejak sebulan lalu.

Fattah yang meluahkan rasa rindunya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story itu turut berkongsi video anak perempuannya yang kelihatan gembira ketika bermain belon buih.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, kali terakhir pelakon filem 'Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan' tersebut memuat naik foto dirinya dan Fatima adalah pada 21 Oktober lalu.

Dalam perkongsian tersebut, dua beranak itu meluangkan masa bersama keluarga besar Fattah nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, di sebuah restoran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: