06 November 2024

"LANGSUNG TIADA JOB" - DA'I SYED AKUI HIDUP KINI AGAK SUK4R



"Bukan kata sikit... tapi memang langsung tiada job. Sebab itulah saya kata hidup saya buat masa ini agak sukar.
Demikian ujar pendakwah selebriti, Da'i Syed dimana dia kini terpaksa melalui jalan-jalan sukar untuk membina semula kerjayanya.

Akur dengan pendangan negatif terhadap dirinya, Syed bagaimanapun tekad untuk pastikan reputasi nama baik keluarganya terbela.

Dalam pada itu, Syed turut meluahkan rasa syukur dengan penerimaan baik keluarga mentuanya dan akan membersihkan namanya.

"Syukur sangat-sangat kerana saya juga dikurniakan keluarga yang baik. Saya baru saja balik kampung di JB minggu lalu. Semuanya ok dan baik-baik saja.

"Insya-Allah macam mana pun saya akan bersihkan nama saya," tuturnya yang sebelum ini berkata, dia akan berjuang untuk membersihkan nama sehingga memohon rayuan di mahkamah tinggi bukan untuk diri sendiri, sebaliknya untuk keluarga, isteri serta anaknya.

Semalam, Da'i Syed hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan rayuan berhubung sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: