06 November 2024

RANCANG NIKAH TAHUN DEPAN - EYKA FARHANA MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



Semua sedia maklum mengenai pelakon Eyka Farhana dimana dia mendedahkan sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid awal Ogos lalu selepas tiga bulan merahsiakan perkara berkenaan kepada umum.
Berhubung itu, Eyka memaklumkan, dia dan tunangnya merancang untuk melangsungkan pernikahan mereka tahun depan, namun belum bersedia untuk mendedahkan tarikh rasminya, sebaliknya memohon agar segala urusannya dipermudahkan.

"Insya-Allah tahun depan. Doakan yang baik-baik untuk saya dan semoga dipermudahkan urusan sampai ke hari perkahwinan," jelasnya yang meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mengenai perasaannya selepas bertunang dengan jejaka pilihannya sejak 4 Ogos lalu.

"Alhamdulillah rasa lebih tenang dan sudah tentu saya gembira. Apapun doakan saya ye," kata pelakon berusia 29 tahun itu yang sebelum ini dilihat menutup status perhubungan dengan kekasih hati kepada umum, namun mula terbuka berkongsi kisah cinta bersama pemain bola sepak itu sejak 2020.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: