08 November 2024

LAPORAN POLIS - TINDAKAN FAZURA TIMBULKAN PERSOALAN KALANGAN NETIZEN



"Saya belum dapat kongsikan maklumat selanjutnya," demikian ujar pelakon Nur Fazura apabila dilaporkan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ia berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dimuat naik seorang wanita di Instagram. Namun butiran terperinci mengenai fitnah yang dilemparkan pengguna media sosial itu belum dapat dikenal pasti.

Awalnya, Fazura telah memuat naik foto sedang berada di Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Petaling Jaya berhubung perkara itu.

Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Fazura tidak menyatakan kehadirannya di balai polis terbabit.

Bagaimanapun, segelintir netizen yang memberi komen di IG Fazura ada yang mempertikaikan tindakan tersebut

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa'afar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat pelakon wanita itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: