29 November 2024

LUAHAN SHARNAAZ AHMAD BUAT RAMAI SEBAK : "KINI BIAR SAYA HANTARKAN AYAH 'PULANG' BUAT KALI YANG TERAKHIR"



"Hari saya kebumikan ayah, seorang budak telah tiada, seorang lelaki telah dilahirkan.

"Ayah hantar saya ke tadika, Ayah hantar saya ke sekolah, Ayah hantar saya ke kolej, Ayah hantar saya untuk menjadi pelakon lelaki terbaik.

"Kini biar saya hantarkan ayah 'pulang' buat kali yang terakhir," katanya menerusi kapsyen di Instagram.

"Terima kasih kerana mendidik saya sebagai seorang kanak-kanak, seorang remaja, seorang lelaki, dan seorang bapa.

Klik untuk gambar besar

"Mungkin saya tidak sehebat ayah. Tapi jangan lupa terus bimbing saya dari sana. Sayang ayah."

Itulah tulis pelakon Sharnaaz Ahmad yang berkongsi sebuah video dia sedang menguruskan jenazah arwah bapanya, Datuk Basir Ahmad di laman sosial miliknya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai para selebriti dan netizen berasa sebak membaca luahan Sharnaaz, selain menzahirkan ucapan takziah buat pelakon itu atas pemergian bapanya yang meninggal dunia pada jam 1.40 pagi, Rabu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: