29 November 2024
TAK SANGGUP LIHAT PEND£RITAAN SUAMI - SYURA BADRON BERSYUKUR DIKURNIAKAN INSAN BERTANGGUNGJAWAB
"Beruntungnya saya sebagai isteri. Walaupun suami sedang dalam kes@kitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami. Tak pernah lupa untuk bertanya mengenai kakitangannya yang sedang bekerja di Perak untuk sebuah acara festival makanan.
"Setiap hari dia tanya jualan perniagaan, kakitangan dan stok," ujar penyanyi Syura Badron mengenai suaminya, Muhammad Farizat dimana dia masih memikirkan soal mencari rezeki buat keluarganya, biarpun hampir seluruh anggota badannya dibalut akib@t mel£cur t£ruk.
Dalam pada itu, Syura berkata, dia tidak sanggup melihat pend£ritaan yang terpaksa ditanggung suaminya, namun meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan insan yang cukup bertanggungjawab.
Biarpun suami Syura kelihatan kuat menerusi beberapa hantaran video yang dikongsikan penyanyi itu di media sosial, namun melihat pend£ritaan Farizat berada dalam keadaan berbalut di bahagian muka, tangan dan kaki membuatkan Syura begitu hiba.
Syura yang sentiasa berada di sisi suaminya itu sering mendoakan agar Farizat diberikan kesembuhan dengan segera selepas menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Sunway, Selangor, sejak Ahad lalu, yang kini sudah memasuki hari kelima.
"Apa yang penting awak sihat sepenuhnya dan kita boleh sama-sama berniaga macam dulu," kata Syura yang sebelum ini memaklumkan suaminya mel£cur t£ruk akib@t l£tupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini dan kejadian itu menyebabkan anggota tubuh badan suaminya terbak@r tahap kedua.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment