29 November 2024
BERAT BADAN SUSUT, BATUK BERPANJANGAN - LAN ZAILAN DIMASUKKAN KE HOSPITAL, AKAN JALANI PROSES PEMERIKSAAN LENGKAP
Akib@t batuk berpanjangan, pelakon serba boleh iaitu Lan Zailan, 66, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Rabu lalu dan akan menjalani proses pemeriksaan lengkap bagi mengenal pasti punca sebenar peny@kitnya.
Ditanya mengenai keadaan Lan, isterinya, Ruby Sara Omar, 51, menjelaskan, suaminya itu mulanya hanya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan, namun keadaannya tidak berubah dan terpaksa dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Badannya susut dan selera makan tiada. Waktu kami ikut karnival jualan di Miri, Sarawak ramai tegur pasal itu. Selepas balik dari sana barulah kami ke Klinik Kesihatan namun masalah tak juga selesai.
"Selepas berbincang dengan doktor dan anak-anak, kami setuju masukkan dia ke PPUM kerana kebetulan adik dia kerja sini. Jadi senang kalau nak berurusan," katanya.
Tambahnya lagi, doktor mencadangkan Lan ditempatkan dalam wad selepas pemeriksaan menerusi X-ray mendapati keadaan kesihatannya memang t£ruk.
"Semalam doktor reviu keputusan terbaru kena warded. Pagi semalam pakar paru-paru cadangkan nak kena t£buk sikit nak ambil air dalam paru-paru untuk sample kerana nak tahu kum@n apa.
"Nak siasat selanjutnya kalau-kalau ada simpt0m tibi atau kans£r paru-paru. Perut suami b£ngkak doktor pun hairan dan 'check' kena buat CT scan bahagian perut pada 3 atau 4 Disember ini.
"Ia bertujuan nak pastikan bukan kans£r. Tapi hati dia macam b£ngkak sikit. Ada k0mplikasi sekarang iaitu paru-paru dan perut," maklumnya.
Dalam pada itu, Ruby berkata, kos untuk CT scan sekitar RM1,700 dan agak p£rit untuk suaminya bayar kerana tawaran berlakon tidak banyak berbanding dulu.
"Kami sekarang hanya bergantung pada jualan pr0duk makanan di festival jualan. Setiap hujung minggu bermula Jumaat hingga Ahad, kami akan berniaga di sana antaranya di Pulau Pinang, Johor dan Miri," ujarnya.
Menurut isteri Lan, suaminya itu amat mengalu-alukan sekiranya ada sumbangan daripada mana-mana pihak untuk meringankan beban mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment