29 November 2024

"TAK PERNAH BERHENTI BERDOA & BERUSAHA UNTUK DAPATKAN ZURIAT" - HAZAMA, ISTERI BELUM SEDIA LALUI PROSES IVF KALI KEDUA



"Soal anak saya serahkan kepada Allah. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Jika sebaliknya saya nikmati dulu kehidupan suami isteri ini. Jujur saya okey apabila belum dikurniakan cahaya mata, tapi isu ini sedikit s£nsitif kepada wanita tapi kami berdua tak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk mendapat zuriat.
"Kami pernah melakukan rawatan IVF tahun lalu, tapi tidak berhasil sebab ada mas@lah sepanjang prosedur itu dijalankan. Banyak peng0rbanan yang perlu dibuat jika mahu proses itu berhasil seperti perlu berehat panjang dan tak boleh berada dalam keadaan tek@nan.

"Isteri saya sebelum ini pernah hamil luar rahim sehingga terpaksa melakukan pemb£dahan dan membuang satu tiub dan agak beris1ko sekiranya hamil lagi," demikian ujar penyanyi Hazama yang menjelaskan, dia belum bersedia melalui proses rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) buat kali kedua bersama isterinya, Genervie Kam, untuk mendapatkan anak selepas kali pertama gag@l pada tahun lalu.

Menurut Hazama, proses IVF yang perlu dijalani memerlukan kos yang tinggi memandangkan dia baru saja menggunakan duit simpanannya untuk menerbitkan album baharu berjudul 'Pujangga' yang dilancarkan semalam.

Dalam pada itu, Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi berkata, dia percaya setiap perkara sudah disusun cantik oleh Tuhan dan mempunyai hikmah di sebaliknya.

"Kami sebenarnya okey apabila belum dikurniakan anak. Mungkin sebab kami dikelilingi oleh anak buah yang sentiasa bersama kami daripada kecil. Saya rasa kalau ada anak sekarang mungkin kerjaya kami berdua agak terbat@s terutama saya yang nak menyiapkan album 'Pujangga' ini.

"Kerjaya seni ini memerlukan dedikasi yang tinggi dan saya bukan tak mahu berehat untuk fokus dapatkan anak, tapi saya percaya sementara kerjaya masih diperlukan saya perlu buat. Bidang kerja saya bukan dapat gaji bulanan. Tak semua bulan saya ada tawaran kerja. Jadi apabila ada tawaran saya 'kutip' dulu.

"Saya pun tak tahu bila tempoh berehat tapi mungkin apabila tiada tawaran itu adalah waktu berehat saya. Cuma sekarang ini sementara masih sihat saya kerja dulu," kata Hazama yang berkahwin dengan Genervie, seorang pengarah muzik pada 14 Januari 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: