11 November 2024

PEMBATALAN KONSERT SOLO PERTAMA - AISHA RETNO SIFATKAN TIND4KAN PENGANJUR SEBAGAI PENIND4SAN MENG4RUT



"Saya tak mengetahui apa-apa status mengenai konsert. Saya ada hubungi penganjur, tetapi mereka hanya senyap. Pembatalan konsert serta merta oleh penganjur atas beberapa sebab benar-benar mengejutkan saya dan pihak pengurusan.
"Tapi, Allah mengatakan sebaliknya dan mungkin belum rezeki lagi. Saya terima dengan hati terbuka. Cuma, ada yang sahih dan tidak apabila dapat tahu mengenai alasan diberikan penganjur menerusi pengumuman berkenaan.

"Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk buat video dan beritahu sedikit kronologi dan kebenaran yang berlaku," ujar penyanyi Aisha Retno menerusi video perjelasan yang dimuat naik di Instagram, berhubung konsert solo pertamanya, Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu depan.

"Saya ada beritahu penganjur masih hijau dalam industri. Banyak lagi saya kena belajar dan kumpul aset dari segi lagu dan sebagainya. Tapi, saya terima cabaran selepas diyakini dan merasakan tak salah mencuba. Bagaimanapun, saya rasa penting untuk saya dedahkan bila perkara seperti ini terjadi.

Klik untuk gambar besar
"Ini kerana konsert ini membawa k£san cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.

"Saya sebenarnya tidak merancang untuk mengadakan konsert solo kerana baru melaksanakan beberapa acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show, jadi saya mahu berehat dan buat showcase kecil-kecilan.

"Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran adalah tanggungjawab penganjur, tapi mereka lemp@rkan tugas ini kepada saya. Jadi, bila keluar kenyataan penganjur seolah-olah nak salahkan saya," katanya yang menyifatkan tindakan penganjur sebagai penindasan mengarut.

"Saya doakan kelancaran untuk apa-apa konsert yang bakal dianjurkan dan mohon maaf kepada pembeli tiket kerana konsert ini tidak berlaku seperti dirancang," tutur Aisha yang turut berkata, dia bersedia berbincang secara terbuka dengan penganjur, tetapi tidak dilayan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: