08 November 2024
"PERMULAAN ITU LAMA SIKIT NAK TERIMA SEBAB MASIH AWAL LAGI (PEMERGIAN ARWAH SUAMI), TETAPI ALLAH SUDAH TAKDIRKAN SEMUANYA" - INA NAIM
"Suami adalah peminat kami (Ina Naim dan Suhaimi Saad). Permulaan itu memang lama sikit nak terima sebab masih awal lagi (pemergian arwah suami), tetapi Allah sudah takdirkan semuanya. Saya buat solat Istikharah dan mungkin dia (Mohd Khairul Rizal) dari pilihan hati saya, saya terima seadanya.
"Anak-anak pun memang awal tu tidak boleh terima, mereka tak nak lagi ada ganti ayah mereka. Saya terangkan yang mereka perlu belajar, perlu ada ketua, Alhamdulillah sebulan hingga dua bulan juga mereka hendak terima."
Itulah jelas penyanyi Ina Naim, 40, dimana dia kembali membuka pintu hati menerima lamaran jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, 41, setelah hampir setahun bergelar ibu tunggal selepas pemergian suami, Allahyarham Suhaimi Saad.
Klik untuk gambar besar
Kata Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim, dia tidak menyangka hubungan yang bermula hanya sebagai peminat kepada Suhaimi dan dirinya, berubah apabila mereka selamat menjadi suami isteri.
"Tiada perancangan pun untuk bulan madu, banyak kerja. Saya baru keluar produk baharu, sambal petai, sambal paru dan daging salai, jadi saya nak fokus perniagaan dulu.
"Suami pula, saya dah minta dia sambung apa yang arwah (Suhaimi) buat iaitu ajar anak-anak," tuturnya yang akan menetap di Johor Bahru bersama suami dan anak-anak.
Sementara itu, Mohd Khairul Rizal yang juga duda dua anak iaitu perempuan berusia 12 tahun dan lelaki berusia 10 tahun, berkata, dia mengenali Ina melalui media sosial dan mula menghubungi isterinya itu pada Mei lalu.
"Mula-mula saya banyak buat 'profiling' mengenai anak-anak mereka. Saya berminat melihat arwah dan Ina buat 'homeschooling' pada anak-anak mereka.
"Saya ada buat kertas kerja macam mana hendak sambung pembelajaran untuk anak-anaknya dan Ina sangat berminat. Alhamdulillah, bermula dari situ dan kini kami bergelar suami isteri," katanya yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment