08 November 2024

ISU APRENA BUKA TUDUNG - IWAN TAK MAHU MASUK CAMPUR : "DIA MASIH ADA SUAMI, SAYA BIARLAH... KECUALI KALAU DIA SUDAH BERCERAI..."



Semua sedia maklum mengenai pelakon Aprena Manrose dimana baru-baru ini dia didakwa membuka tudung ketika meluangkan masa bermain badminton bersama ahli keluarganya.
Ia berikutan perkongsian video dibuat Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, di Instagram Story yang hanya memakai kemeja-T lengan pendek dan bandana berwarna putih, termasuk cuba menyembunyikan rambutnya dengan sehelai tuala.

Berhubung dakwaan tersebut, penyanyi lagu kerohanian iaitu Iwan Syahman atau nama sebenarnya, Wan Syahman Wan Yunus, 63, berkata, dia tahu mengenai tindakan anaknya itu, tetapi hanya mampu memberi nasihat dan mengingatkan saja.

"Dia ada suami. Sebagai bapa, saya tidak boleh ikut campur dengan (tanggungjawab) suami dia. Setiap kali mereka (anak-anak) datang ke rumah saya di Kuala Selangor, memang saya akan beri teguran. Saya akan cakap kamu adalah orang begitu dan begini. Tidak patut buat macam ini, tapi terserahlah kepada kamu.

Klik untuk gambar besar
"Saya hanya datang kepada mereka (anak-anak) untuk memperingati saja. Rasulullah SAW datang ke dunia ini pun untuk memperingati saja dan yang memberi hidayah tetap Allah SWT. Tidak boleh dipaksa juga. Tapi, kita syukur dan kita doa. Setiap hari kita berdoa supaya anak-anak Alhamdulillah akan diberi kehidupan baik.

"Macam dia (Aprena) yang sekejap buka dan pakai tudung, itu biasa sebab 'iman' yang ada dalam dirinya masih tidak diusahakan betul-betul. Oleh kerana dia masih ada suami, saya biarlah. Kecuali kalau dia sudah bercerai apa semua, tarik dan tahulah saya macam mana nak buat. Cuma, saya tetap juga yang memberikan peringatan saja.

"Apabila benda-benda anak berubah ini, yang dapat maklumat dulu adalah saya. Orang akan tanya saya dulu dan memang saya biasanya mesti tahu. Tapi, tak ada masalah dan saya hanya memberi peringatan saja, tidak lebih dari itu. Cuma, saya pun tidak hubungi dia selepas foto itu (tidak bertudung) tersebar. Sebab dia ada dan suamilah," ujar komposer dan pendakwah ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: