08 November 2024
"SAYA NAMPAK PERKEMBANGAN ANAK DI DEPAN MATA & ITU BUATKAN SAYA RASA BAHAGIA" - HAIRUL AZREEN AKUI BERSARA BERLAKON BUKAN KEPUTUSAN MUDAH
"Saya dah tak berlakon dah, dah setahun. Kalau ada pun, dalam 'The Original Gangster' ini yang mana penggambarannya dijalankan sebelum saya berhenti.
"Saya pilih berhenti untuk anak-anak. Sekurang-kurangnya, saya boleh luangkan masa dan latih anak-anak saya. Bagi saya, bila saya buat begitu, saya nampak perkembangan anak di depan mata dan itu membuatkan saya rasa bahagia."
Demikian ujar pelakon Hairul Azreen yang mengakui, pilihannya untuk meninggalkan kerjaya sedia ada iaitu bidang lakonan, bukanlah satu keputusan mudah untuk dilakukan.
Namun begitu, kata Hairul, keputusan yang dibuatnya lebih setahun lalu itu disifatkan membuka jalan lebih bahagia buatnya, dimana dia kini bahagia dapat menjadi saksi, melihat dua cahaya matanya, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah membesar di depan matanya.
Klik untuk gambar besar
Tambah pelakon yang pernah membintangi filem 'Paskal' dan 'Malbatt: Misi Bakara' ini lagi, dia tidak mahu anak-anaknya membesar di saat dia mengejar populariti yang belum tentu memberi kepuasan.
"Semasa saya berlakon, bukanlah anak-anak tak rapat dengan saya, tapi lebih rapat dengan isteri. Sekarang, nak tidur pun saya kena ada. Itu sangat berharga. Saya rasa, saya dah dapat berlakon filem aksi dan jadi hero, filem saya dari 'Paskal' sampai sekarang, semuanya p£cah panggung. Apa lagi saya nak?
"Tapi, anak-anak? Kita lihat sendiri dalam kalangan pelakon Hollywood, mereka terkenal. Tapi, anak mereka tak ada rasa hormat, tak ada hubungan baik. Saya tak nak begitu. Itu adalah contoh yang saya tak nak jadi. Yang baik, saya ambil. Saya nak jadi terbaik yang saya mampu," kata suami kepada pelakon dan pempengaruh, Hanis Zalikha itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment