15 November 2024
SADDIQ AKUI TAK PERNAH GUNAKAN NAMA BAPA, M JAMIL & NENEK, SARIMAH AHMAD UNTUK DIKENALI
"Saya tak nak pun menumpang nama keluarga. Saya pun sebenarnya dari usia 12 tahun belajar seni secara formal. Bermula dari sekolah seni saya masuk belajar diploma dan ijazah dalam lakonan dan teater.
"Sepanjang 10 tahun pengalaman dalam bidang ini, memang tak pernah sekalipun saya nak bawa nama keluarga. Saya tak nak tumpang nama mereka. Tapi itulah dah nama itu memang bin M Jamil memang tak boleh lari dari dikaitkan.
"Saya memang tak pernah minta tolong mereka atau gunakan kabel suruh ayah hubungi kawan pengarah bagi watak untuk saya. Tak pernahlah begitu."
Jelas pelakon Sadiq Jamil, 27, yang berkata, dia menerima hakikat tidak semua pewaris seni akan mendapat tempat dalam industri seni seperti dikecapi keluarga mereka sebelum itu.
Disamping itu, anak kepada pelakon dan pengarah, M Jamil dan cucu kepada seniwati Datuk Sarimah Ahmad itu mengakui, dia sendiri tidak mahu menggunakan nama mereka untuk dikenali dalam bidang seni.
Klik untuk gambar besar
Malah, ujarnya lagi, dia sendiri hadir ke sesi uji bakat sesebuah drama atau filem untuk mencuba nasib.
"Saya senang cara ini. Tak dinafikan bawa nama ayah dan nenek agak berat tanggungjawabnya. Saya kena jaga reputasi mereka kerana nama mereka disegani. Saya pun takut benda ini mengacau.
"Tapi setiap kali bila masuk saja dalam set drama, saya tetapkan niat untuk bekerja dan menyampaikan berita-berita yang baik. Memang nak jauhi daripada benda-benda yang jahat. Saya cuba elakkan.
"Lagi pula sekarang zaman viral. Sal@h sekali terus kena kecam. Setakat ini Alhamdulillah... belum pernah ada lagi berita tak elok berkenaan saya. Syukur penerimaan terhadap saya dalam industri ini sangat baik," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment