15 November 2024
T£MPUH DUG4AN BERSAMA SEPANJANG 12 TAHUN BERKAHWIN - AWAL ASHAARI AKUI MERAJUK 7 HARI KALAU BERG4DUH, SCHA ALYAHYA PULA CEPAT SEJUK
"Tahun ini sudah masuk tahun ke 12 usia perkahwinan kami. Bila makin lama bukan makin harmoni. Kadang-kadang lebih t£ruk pergaduhan yang berlaku. Sebab kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Tetapi kami cuba sedaya upaya untuk mengatasinya. Setiap hari kami cuba perbaiki setiap masalah yang timbul."
Itulah kata pelakon Scha Alyahya yang sudah hampir 12 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan sudah pasti pelbagai dugaan ditempuhi bersama, termasuk adakalanya berlaku pergaduhan, namun mereka cuba perbaiki masalah yang timbul.
Dalam pada itu, Awal turut mengulas, dimana katanya, seboleh-bolehnya perpisahan sebagai pilihan terakhir kerana banyak perkara perlu diambil kira termasuk mengenai anak-anak dan keluarga.
Klik untuk gambar besar
Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, lagi, komunikasi sangat penting dan perlu memahami pasangan masing-masing, selain pasangan juga perlu berbincang dalam keadaan tenang.
"Saya selalu cakap dengan Scha, biarpun kita ada kuasa untuk teruskan hidup secara individu tetapi kena fikir banyak faktor. Kita bukan hidup di dunia ini berdua sahaja. Kita telah lahirkan dua anak. Kita mempunyai keluarga yang sangat erat. Banyak tanggungjawab.
"Jadi, seboleh-bolehnya sebelum kita buat sesuatu keputusan itu biarpun berada dalam keadaan marah macam mana sekalipun, kena tolak tepi perceraian. Itu adalah jalan terakhir. Kalau sudah tidak boleh sangat, barulah kita ke arah itu (perceraian)," tuturnya.
Disamping itu, kongsi Awal lagi, dia selalu mengambil masa selama tujuh hari untuk memulihkan hubungan selepas bergaduh, manakala isterinya pula cepat sejuk hati.
"Tujuh hari adalah tempoh paling panjang untuk saya. Itu pun saya pergi rumah mak saya. Sekarang sudah berkurangan jadi tiga hari. Tetapi Scha dalam masa satu jam sahaja dia sudah boleh kembali seperti biasa. Kalau bergaduh pagi, malam kami dah boleh makan bersama.
"Tetapi saya seorang yang suka mengambil masa untuk berfikir. Saya perlukan masa untuk refleksi. Walaupun kadang-kadang memang sal@h saya. Selepas dua tiga hari barulah saya akan sedar itu adalah sal@h saya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment