16 November 2024
"SAYA AKAN MENGAMBIL TIND4KAN (SAM4N) KE ATAS KENYATAAN SEORANG PENGGUNA TIKT0K YANG MELAMP4UI BAT4S" - SHUIB
Berhubung kenyataan seorang pengguna media sosial di TikT0k yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu membabitkan syarikat minuman Bubblebee Sdn Bhd, pelawak dan usahawan sensasi, Shuib bakal mengambil tindakan undang-undang.
Jelas Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40, tuduhan dilemparkan individu terbabit amat tidak berasas, selain mengakibatkan syarikatnya mengalami kerugian jutaan ringgit.
"Saya akan mengambil tindakan (saman) ke atas kenyataan seorang pengguna TikT0k yang melampaui batas. Sekiranya ingin bercakap soal pengasas sesebuah pr0duk, kita kena fikir apakah kesan yang berlaku kepada individu itu dan juga jenama.
"Jika kesan tidak baik dan boleh mengakibatkan kerugian, perkara itu tidak adil untuk saya dan syarikat memandangkan tuduhan itu tidak berasas. Perniagaan saya ini membabitkan pelabur dan urusan perniagaan yang mencecah jutaan ringgit. Jika kenyataan dia itu boleh menyebabkan kerugian berjuta kepada kita, saya boleh ambil tindakan.
"Bukan hendak memberi pengajaran kepada orang lain, tetapi kepada diri dia sendiri supaya jangan anggap kenyataan di media sosial itu sebagai main-main," ujar Shuib yang turut menjelaskan, dakwaan pengguna TikT0k terbabit yang memfitnah dengan mengatakan syarikatnya bukan bumiputera.
"Saya sudah biasa melalui perkara sebegini di mahkamah dan selalunya mereka yang terbabit akan tertunduk malu dan bercakap dalam keadaan terketar-ketar. Saya tidak mahu melakukan perkara sebegini, tetapi sekiranya saya tidak melakukan, mereka akan fikir mereka adalah golongan bijaksana dalam berkata-kata.
"Adakah menjadi satu kesalahan besar apabila ada pengarah berbangsa lain dalam syarikat. Apa yang ingin saya tegaskan adalah syarikat ini dimiliki 100 peratus oleh Bumiputera kerana saya adalah pemegang saham terbesar. Jadi, hati-hati apabila bercakap kerana apabila membabitkan syarikat, saya perlu mengambil tindakan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment