16 November 2024
TERIMA ANUGERAH 'OUTSTANDING VOCAL ACHIEVEMENTS WOMEN AWARD' - AISHA RETNO LUAH RASA SYUKUR, MENGUB4T KEC£WA
"Saya sangat gembira dan bersyukur. Ia menyunt1k semangat untuk terus maju dalam industri muzik selepas konsert sulung dibatalkan penganjur.
"Antaranya, penganjur menilai dari segi pencapaian dalam Anugerah Juara Lagu, program The Hardest Singing Show dan pernah membawa nama Malaysia sempena Festival Java Jazz 2024 di Indonesia.
"Anugerah ini juga pernah diterima Datuk Seri Siti Nurhaliza dan beberapa artis ternama lain pada tahun lalu," demikian kata penyanyi Aisha Retno yang meluahkan gembira dan syukur apabila menerima anugerah 'Outstanding Vocal Achievements Women Award', baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi berusia 24 tahun yang menerima anugerah terbabit sempena Shanghai Honourable Women Entrepreneur Business Award 2024 (SHE 2024), meyifatkan ia sebagai pengub@t kekec£waannya selepas pembatalan konsert sulungnya sebelum ini.
Acara itu dianjurkan Shanghai Business Media untuk mengiktiraf pencapaian usahawan wanita dalam pelbagai kategori dan berlangsung di sini, minggu lalu.
Disamping itu, Aisha yang tidak menyangka akan menerima anugerah tersebut dimana ia mengiktiraf pencapaiannya yang sudah lima tahun terbabit dalam industri muzik tanah air, berkata, dia sudah 'move on' dan tutup buku berkaitan pembatalan konsert tersebut.
"Tipulah kalau saya tidak berasa kec£wa dengan apa yang berlaku, tetapi saya terima dengan hati terbuka. Pihak penganjur juga tidak ada hubungi saya dan sampai sekarang saya masih belum dapat surat hitam putih pembatalan konsert, sebaliknya pihak mereka menyind1r saya dalam Instagram Story pula," ujarnya.
Sebelum ini, Aisha memuat naik video di Instagram menjelaskan, dia benar-benar terk£jut dengan pembatalan Konsert Malam Sutera Aisha Retno di Zepp Kuala Lumpur yang diumumkan penganjur, Kharisma Music International, selain menyifatkan perkara itu sebagai tidak profesional.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment