04 December 2024

"ADA KE SUAMI TERGAMAK PAKSA ISTERI GUGURKAN ANAK SENDIRI" - BEKAS ISTERI DEDAH KENA BELASAH JAY ISWAZIR SELEPAS BARU 3 BULAN KAHWIN



"Sanggup ke korang wahai wanita andai baru kahwin 3 bulan dah kena maki, kena belasah dengan suami? Ada ke suami yang tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Lelaki tak guna macam kau saja yang sanggup perlakukan isteri macam ini.

"Sepatutnya lama dah kau kena b£rkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau, takut periuk nasi kau tertutup, aku tak buat report polis atau kau Ahmad Iswazir. Terima kasih banyak-banyak atas apa yang kau dah buat pada aku dan anak kau yang kau bunuh.

"Hidup aku hancur sebab kau. Aku depr£si, hampir nak gila, nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau, Ahmad Iswazir. Cukuplah kau sakitkan aku dan jangan tambah lagi perempuan lain yang kau nak jahanamkan hidup mereka."

Klik untuk gambar besar

Itulah dedah bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir iaitu Azzahra Ahmad dimana dia mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila mula dikasari sejak tiga bulan pertama perkahwinan, namun kini tidak mampu lagi untuk bertahan.

Malah, Azzahra turut mendedahkan Jay atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail, pernah minta diri untuk menggugurkan kandungan kerana tidak bersedia disebabkan kurang berkemampuan.
Dalam pada itu, kata Azzahra lagi, dihadapan rakan-rakan Jay disifatkan kelakar, namun hanya dia sahaja yang tahu sikap baran dan psiko bekas suaminya itu.

Selain itu, bekas isteri Jay turut mendedahkan pelakon itu sedang mencari 'mangsa’ baru walaupun bekas isteri masih lagi dalam tempoh idah selepas sah bercerai.

"Depan kawan-kawan kau tunjukkan diri kau seorang yang kelakar happy go lucky tapi yang menghadap baran kau psiko kau dekat rumah adalah aku. Sekarang dikala aku masih dalam idah ni, kau masih ada hati nak cari mangsa baru," tulisnya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: